
Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam
Pendidikan Jasmani
§
Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan
bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah
laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
§ Menurut Borhan Yusof
(2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu
proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh
seseorang.
§ pengukuran juga boleh
ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
§
Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk
mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian
dan pengukuran.
Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
1. Memfokuskan kepada setiap
individu

2. Menentukan status semasa

a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan
tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
3. Memilih wakil

4. Memotivasikan individu

5. Menilai pengajaran dan program
pendidikan jasmani


6. Membekalkan maklumat untuk
kajian lain

Ujian Kecerdasan
§
Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur
kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
§ Ujian ini banyak
berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48
OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.
§ Ujian ini terus
berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria,
gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
§ Tokoh-tokoh lain yang
turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt,
Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).
§ Ujian kecerdasan
kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi
kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah,
oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.
§
Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak
langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan
prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat
telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian
kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian
Lorge-Thorndike.
Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan
kepada:
i. berlandaskan kesihatan





ii. berlandaskan kemahiran motor






0 kwan2 yg baik hati nk gtau something kat Missz Dy:
Post a Comment