Pendekatan
§
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran dijalankan berdasarkan kepada objektifnya (dalam jangka masa
panjang). Edward m.anthony,1963
§ satu set andaian yang
saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur2 aksiomatik
(diterima tanpa keraguan).
§ Jenis-jenis pendekatan:
o
Tradisional=guru beri arahan (guru sebagai
pengajar) dan murid ikut arahan. Pembelajaran sehala. Tentukan ujian piawai dan
mengukur P&P mengikut gred.
o
Humanistik=kecenderungan untuk berkembang dan
mecapai hasrat sendiri. Guru sebagi fasilitator yang memberikan motivasi,
kesedaran kepentingan belajar dan meransang pembelajaran murid. Ujian piawai
tidak penting dan gred bukan pengukur pengajaran.
o
gabungan= gabunagan tradisional dan humanistik. Guru
membuat analisis keadaan fizikal, ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung
sebelum memilih gaya,kaedah dan teknik p&p. ujian dilakukan berasaskan
ciri2 murid. Guru sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan
objektif. Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk menilai sendiri.
Strategi
§
penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk
mencapai objektif jangka panjang.
§ konsepnya adalah
berteraskan kepada:
o
Kebijaksanaan memilih pendekatan.
o
Kecekapan merancang kaedah dan teknik.
o
Berdasarkan objektifnya.
Kaedah
§
Satu siri tindakan guru yang sistematik.
§ Pembelajaran khusus
dalam jangka masa pendek.
§ 1 cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan langkah2 penyampaian yang tersusun merujuk
kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki.
§ Jenis-jenis kaedah:
o
Kaedah kuliah - pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori
dan praktikal.
o
Kaedah demonstras - pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang
sesuatu tugas dilaksanakan.
o
Kaedah pembelajaran masteri - pastikan murid kuasai sesuatu hasil pembelajaran
yang ditentukan sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. (taksonomi bloom)
o
Kaedah pembelajaran koperatif - tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran
tertentu. dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang
mempunyai keupayaan yang berlainan. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke arah
mencapai objektif pembelajaran yang sama.
o
Kaedah perbincangan - interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan
murid dengan guru. Meransang perhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan
murid bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Murid berkongsi maklumat,
tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal.
o
Kaedah projek - tugasan dilaksanakan diluar BD secara
individu/kumpulan. Berkonsepkan belajar sambil mempraktikan yg boleh
mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran
o
Kaedah pembelajaran kolaboratif - pembelajaran melalui murid belajar menerusi
interaksi dengan orang lain untuk menambah pengetahuan. Guru bertindak sebagai
model/penunjuk arah untuk bantu murid selesaikan masalah dan bina pengetahuan. Kaedah
penemuan (inkuiri) - dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu
kenal pasti masalah,rancang penyelesaian,kumpul maklumat,tafsiran dan
kesimpulan.
Teknik
§
kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan
kaedah mengajar.
§
menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum
berteraskan kriteria umur, kebolehan, kecerdasan dan minat.
a. Teknik Demonstrasi
berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang
menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid semasa
sesi pengajaran.
Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau
cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut.
Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini
dengan sendiri secara sistematik, teratur dan betul.
b. Teknik Alat Pandang Dengar
Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan
termasuk wayang gambar, filem, carta, poster dan sebagainya yang menunjukkan
bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul.
Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan.
c. Teknik Kinestesis
Kinestesis Manual
Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran
melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat merasai pergerakan
tersebut.
Setelah melakukannya berulang kali, murid akan mula
memahami idea pergerakan yang betul.
Murid akan berusaha untuk memperbaikinya
berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang sebenar.
Gaya P&P
§
Gaya langsung
o
pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori
pembelajaran tingkah laku. Berfokuskan kepada yang ingin dipelajari tetapi
tidak mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai tahap pembelajaran
dan kemajuan yang sama). Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Contoh
gaya arahan dan gaya tugasan.
§ Gaya tidak langsung
o
berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran
kognitif. Mengambil kira perbezaan murid dan memberi peluang kepada murid untuk
merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Namun, gaya ini memakan masa
yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta bersabar. Contoh gaya
tidak langsung ialah gaya penyelesaian masalah dan gaya tindak balas.
§ Gaya gabungan
o
berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran
akan berlaku dengan berkesan sekiranya guru dapat memilih gaya pembelajaran
yang sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Murid akan menyelesaikan masalah
dan guru bertindak sebagai pembimbing serta motivator. Cenderung kepada gaya
penemuan terbimbing.
0 kwan2 yg baik hati nk gtau something kat Missz Dy:
Post a Comment