
Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan
integrasi dalam pendidikan jasmani
§
Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu,
bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil.
§
Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu
menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).
§
Konsep dalam P&P- Kesepaduan merupakan
perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta
nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.
§
Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan
unsur2 ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai2.
§
Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam
merancang strategi pembelajaran.
§
Contohnya:
§
Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan
pengajaran semata – mata tertumpu kepada kemahiran. Unsur kekerapan nilai –
nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan.
§
Ini tidak ada kesepaduan.
§
Antara teknik yang terkini digunakan bagi
membolehkan kesepaduan berlaku ialah






Cara Pelaksanaan
ü
Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan
pembelajaran.
§ Contoh :
§ Bahan pengajaran dan
pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu.
§ Aktiviti yang guru
jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan
dan tahap murid itu sendiri.
ü
Kesepaduan yang berbentuk ‘intra’ (berlaku dalam
satu mata pelajaran)
§ Contoh :
§ ilmu pengetahuan
bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
§ Dalam PJ, mengajar kemahiran
bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral.
§ Bagi menjamin
perkembangan JERIS murid.
ü
Kesepaduan yang berbentuk ‘inter’(yang berlaku
dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain)
§ Contoh
§ Dalam PJ sekolah rendah
ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek
sains.
ü
Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.
§ Contoh :
§ PJ yang teori yang
terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid – murid.
ü
Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan
aktiviti kurikulum.
§ Contoh :
§ PJ yang ada mengajar
tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum
dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga.
ü
Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah
dengan luar bilik darjah.
§ Contoh :
§ Aktiviti berdasarkan
teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar
bilik darjah.
§ Pengenalan aktiviti
pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik
darjah.
§ Aktiviti yang dilakukan
di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat
ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.
ü
Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran.
§ Contoh :
§ Strategi diatur
terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan
pengajaran harian.
§
Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti,
bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.
Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun
mengikut tiga tunjang utama iaitu :
1. Kecergasan
§
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid
melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi
kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
2. Kemahiran
§
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid
melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan
diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan
kreatif dan rekreasi.
3. Kesukanan
§
Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan
pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan
diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam
pendidikan jasmani dan sukan.
0 kwan2 yg baik hati nk gtau something kat Missz Dy:
Post a Comment