TAJUK 6 PERSEDIAAN P&P PJ




Rancangan Kerja Tahunan

·         Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang rapi perlu diadakan.
·         Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.
·         Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
·         Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan.
·         Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah .
·         Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.
·         Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan.
·         Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.
·         Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran.
·         Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik pembelajaran dapat dibahagi dengan sempurna .
·         Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan ansur maju dan kesinambungan.

Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan
·         Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.
·         Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan bermatlamat. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :
i.      Jumlah masa pengajaran
·         Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

ii.     Persekitaran pengajaran
·         Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.

iii.   Latar belakang guru
·         Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

iv.    Latar belakang pelajar
·         Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

Rancangan Kerja Mingguan

·   Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh seminggu berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan
ü  Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan di dalam mengaturkannya.

·   ii.Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya pengajaran bagi setiap Rancangan Latihan Mengajar.
ü  Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada Rancangan Kerja Pengajaran semester/penggal/tahunan yang disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah.
ü  Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.

Penyediaan Rancangan Kerja

*       Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses p&p.
*       Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar p&p dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
*       Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun sepanjang semester.
*       Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula.


Persediaan

*       butir-butir am
*       pengetahuan lepas
*       kemahiran
*       objektif pelajaran
*       penggabungjalinan
*       sumber pengajaran pembelajaran
*       penerapan nilsi

Kepentingan

*       Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur
*       Tidak melangkau Sukatan Pelajaran
*       Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai matlamat





0 kwan2 yg baik hati nk gtau something kat Missz Dy: