NOTA EDU 3105

NOTA PSV 3105

TAJUK 8 PENTAKSIRAN DALAM PJ




Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

§  Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
§  Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.
§  pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
§  Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

 1. Memfokuskan kepada setiap individu
*       Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
 2. Menentukan status semasa
*       -Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
 3. Memilih wakil
*       Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.
 4. Memotivasikan individu
*       memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.
 5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
*       Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.
*       memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.
 6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain
*       Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan

§  Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
§  Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48 OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.
§  Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
§  Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).
§  Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.
§  Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

i. berlandaskan kesihatan
*       Komposisi Badan 
*       Fleksibiliti 
*       Daya Tahan Kardiovaskular 
*       Kekuatan Otot 
*       Daya Tahan Otot 

ii. berlandaskan kemahiran motor
*       Kelajuan 
*       Koordinasi
*       Ketangkasan
*       Kuasa
*       Imbangan
*       Masa Reaksi





TAJUK 7 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK P&P PJ




Pendekatan
§  merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran dijalankan berdasarkan kepada objektifnya (dalam jangka masa panjang). Edward m.anthony,1963
§  satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur2 aksiomatik (diterima tanpa keraguan).
§  Jenis-jenis pendekatan:
o    Tradisional=guru beri arahan (guru sebagai pengajar) dan murid ikut arahan. Pembelajaran sehala. Tentukan ujian piawai dan mengukur P&P mengikut gred.
o    Humanistik=kecenderungan untuk berkembang dan mecapai hasrat sendiri. Guru sebagi fasilitator yang memberikan motivasi, kesedaran kepentingan belajar dan meransang pembelajaran murid. Ujian piawai tidak penting dan gred bukan pengukur pengajaran.
o    gabungan= gabunagan tradisional dan humanistik. Guru membuat analisis keadaan fizikal, ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya,kaedah dan teknik p&p. ujian dilakukan berasaskan ciri2 murid. Guru sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif. Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk menilai sendiri.
Strategi
§  penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.
§  konsepnya adalah berteraskan kepada:
o    Kebijaksanaan memilih pendekatan.
o    Kecekapan merancang kaedah dan teknik.
o    Berdasarkan objektifnya.

Kaedah
§  Satu siri tindakan guru yang sistematik.
§  Pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek.
§  1 cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah2 penyampaian yang tersusun merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki.
§  Jenis-jenis kaedah:
o    Kaedah kuliah  -  pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori dan praktikal.
o    Kaedah demonstras  -  pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang sesuatu tugas dilaksanakan.
o    Kaedah pembelajaran masteri  -  pastikan murid kuasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. (taksonomi bloom)
o    Kaedah pembelajaran koperatif  -  tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran tertentu. dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif pembelajaran yang sama.
o    Kaedah perbincangan  -  interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan murid dengan guru. Meransang perhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan murid bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Murid berkongsi maklumat, tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal.
o    Kaedah projek  -  tugasan dilaksanakan diluar BD secara individu/kumpulan. Berkonsepkan belajar sambil mempraktikan yg boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran
o    Kaedah pembelajaran kolaboratif  -  pembelajaran melalui murid belajar menerusi interaksi dengan orang lain untuk menambah pengetahuan. Guru bertindak sebagai model/penunjuk arah untuk bantu murid selesaikan masalah dan bina pengetahuan. Kaedah penemuan (inkuiri)  -  dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu kenal pasti masalah,rancang penyelesaian,kumpul maklumat,tafsiran dan kesimpulan.

Teknik
§  kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar.
§  menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum berteraskan kriteria umur, kebolehan, kecerdasan dan minat.
a. Teknik Demonstrasi
*       berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid semasa sesi pengajaran.
*       Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut.
*       Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur dan betul.
b. Teknik Alat Pandang Dengar
*       Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan termasuk wayang gambar, filem, carta, poster dan sebagainya yang menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul.
*       Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan.
c. Teknik Kinestesis
*       Kinestesis Manual
*       Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat merasai pergerakan tersebut.
*       Setelah melakukannya berulang kali, murid akan mula memahami idea pergerakan yang betul.
*       Murid akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang sebenar.






Gaya P&P

§  Gaya langsung
o    pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori pembelajaran tingkah laku. Berfokuskan kepada yang ingin dipelajari tetapi tidak mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama). Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Contoh gaya arahan dan gaya tugasan.
§  Gaya tidak langsung
o    berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran kognitif. Mengambil kira perbezaan murid dan memberi peluang kepada murid untuk merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Namun, gaya ini memakan masa yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta bersabar. Contoh gaya tidak langsung ialah gaya penyelesaian masalah dan gaya tindak balas.
§  Gaya gabungan
o    berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya guru dapat memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Murid akan menyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta motivator. Cenderung kepada gaya penemuan terbimbing.






TAJUK 6 PERSEDIAAN P&P PJ




Rancangan Kerja Tahunan

·         Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang rapi perlu diadakan.
·         Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.
·         Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
·         Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan.
·         Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah .
·         Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.
·         Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan.
·         Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.
·         Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran.
·         Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik pembelajaran dapat dibahagi dengan sempurna .
·         Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan ansur maju dan kesinambungan.

Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan
·         Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.
·         Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan bermatlamat. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut :
i.      Jumlah masa pengajaran
·         Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu.

ii.     Persekitaran pengajaran
·         Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul.

iii.   Latar belakang guru
·         Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

iv.    Latar belakang pelajar
·         Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

Rancangan Kerja Mingguan

·   Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh seminggu berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan
ü  Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan di dalam mengaturkannya.

·   ii.Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya pengajaran bagi setiap Rancangan Latihan Mengajar.
ü  Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada Rancangan Kerja Pengajaran semester/penggal/tahunan yang disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah.
ü  Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.

Penyediaan Rancangan Kerja

*       Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses p&p.
*       Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar p&p dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.
*       Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun sepanjang semester.
*       Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula.


Persediaan

*       butir-butir am
*       pengetahuan lepas
*       kemahiran
*       objektif pelajaran
*       penggabungjalinan
*       sumber pengajaran pembelajaran
*       penerapan nilsi

Kepentingan

*       Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur
*       Tidak melangkau Sukatan Pelajaran
*       Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai matlamat