TAJUK 8 PENTAKSIRAN DALAM PJ
Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam
Pendidikan Jasmani
§
Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan
bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah
laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
§ Menurut Borhan Yusof
(2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu
proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh
seseorang.
§ pengukuran juga boleh
ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
§
Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk
mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian
dan pengukuran.
Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
1. Memfokuskan kepada setiap
individu
Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat
memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan
itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk
meningkatkan lagi prestasi murid.
2. Menentukan status semasa
-Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987)
penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan
tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
3. Memilih wakil
Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi
maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan
kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan
lebih saksama.
4. Memotivasikan individu
memberi maklum balas prestasi kepada seseorang
murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika
keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan
menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.
5. Menilai pengajaran dan program
pendidikan jasmani
Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif
program pendidikan jasmani dan kesihatan.
memberi maklum balas sama ada program tertentu
berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah
strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.
6. Membekalkan maklumat untuk
kajian lain
Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk
kajian lain.
Ujian Kecerdasan
§
Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur
kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
§ Ujian ini banyak
berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48
OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.
§ Ujian ini terus
berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria,
gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
§ Tokoh-tokoh lain yang
turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt,
Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).
§ Ujian kecerdasan
kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi
kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah,
oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.
§
Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak
langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan
prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat
telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian
kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian
Lorge-Thorndike.
Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan
kepada:
i. berlandaskan kesihatan
Komposisi Badan
Fleksibiliti
Daya Tahan Kardiovaskular
Kekuatan Otot
Daya Tahan Otot
ii. berlandaskan kemahiran motor
Kelajuan
Koordinasi
Ketangkasan
Kuasa
Imbangan
Masa Reaksi
TAJUK 7 STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK P&P PJ
Pendekatan
§
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran dijalankan berdasarkan kepada objektifnya (dalam jangka masa
panjang). Edward m.anthony,1963
§ satu set andaian yang
saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur2 aksiomatik
(diterima tanpa keraguan).
§ Jenis-jenis pendekatan:
o
Tradisional=guru beri arahan (guru sebagai
pengajar) dan murid ikut arahan. Pembelajaran sehala. Tentukan ujian piawai dan
mengukur P&P mengikut gred.
o
Humanistik=kecenderungan untuk berkembang dan
mecapai hasrat sendiri. Guru sebagi fasilitator yang memberikan motivasi,
kesedaran kepentingan belajar dan meransang pembelajaran murid. Ujian piawai
tidak penting dan gred bukan pengukur pengajaran.
o
gabungan= gabunagan tradisional dan humanistik. Guru
membuat analisis keadaan fizikal, ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung
sebelum memilih gaya,kaedah dan teknik p&p. ujian dilakukan berasaskan
ciri2 murid. Guru sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan
objektif. Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk menilai sendiri.
Strategi
§
penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk
mencapai objektif jangka panjang.
§ konsepnya adalah
berteraskan kepada:
o
Kebijaksanaan memilih pendekatan.
o
Kecekapan merancang kaedah dan teknik.
o
Berdasarkan objektifnya.
Kaedah
§
Satu siri tindakan guru yang sistematik.
§ Pembelajaran khusus
dalam jangka masa pendek.
§ 1 cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dengan langkah2 penyampaian yang tersusun merujuk
kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki.
§ Jenis-jenis kaedah:
o
Kaedah kuliah - pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori
dan praktikal.
o
Kaedah demonstras - pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang
sesuatu tugas dilaksanakan.
o
Kaedah pembelajaran masteri - pastikan murid kuasai sesuatu hasil pembelajaran
yang ditentukan sebelum berpindah ke pembelajaran seterusnya. (taksonomi bloom)
o
Kaedah pembelajaran koperatif - tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran
tertentu. dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang
mempunyai keupayaan yang berlainan. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke arah
mencapai objektif pembelajaran yang sama.
o
Kaedah perbincangan - interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan
murid dengan guru. Meransang perhubungan antara ahli dalam BD dan libatkan
murid bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Murid berkongsi maklumat,
tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal.
o
Kaedah projek - tugasan dilaksanakan diluar BD secara
individu/kumpulan. Berkonsepkan belajar sambil mempraktikan yg boleh
mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran
o
Kaedah pembelajaran kolaboratif - pembelajaran melalui murid belajar menerusi
interaksi dengan orang lain untuk menambah pengetahuan. Guru bertindak sebagai
model/penunjuk arah untuk bantu murid selesaikan masalah dan bina pengetahuan. Kaedah
penemuan (inkuiri) - dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu
kenal pasti masalah,rancang penyelesaian,kumpul maklumat,tafsiran dan
kesimpulan.
Teknik
§
kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan
kaedah mengajar.
§
menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum
berteraskan kriteria umur, kebolehan, kecerdasan dan minat.
a. Teknik Demonstrasi
berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang
menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid semasa
sesi pengajaran.
Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau
cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut.
Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini
dengan sendiri secara sistematik, teratur dan betul.
b. Teknik Alat Pandang Dengar
Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan
termasuk wayang gambar, filem, carta, poster dan sebagainya yang menunjukkan
bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul.
Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan.
c. Teknik Kinestesis
Kinestesis Manual
Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran
melalui perlakuan yang sebenar, sehingga murid dapat merasai pergerakan
tersebut.
Setelah melakukannya berulang kali, murid akan mula
memahami idea pergerakan yang betul.
Murid akan berusaha untuk memperbaikinya
berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan yang sebenar.
Gaya P&P
§
Gaya langsung
o
pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori
pembelajaran tingkah laku. Berfokuskan kepada yang ingin dipelajari tetapi
tidak mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai tahap pembelajaran
dan kemajuan yang sama). Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Contoh
gaya arahan dan gaya tugasan.
§ Gaya tidak langsung
o
berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran
kognitif. Mengambil kira perbezaan murid dan memberi peluang kepada murid untuk
merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Namun, gaya ini memakan masa
yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta bersabar. Contoh gaya
tidak langsung ialah gaya penyelesaian masalah dan gaya tindak balas.
§ Gaya gabungan
o
berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran
akan berlaku dengan berkesan sekiranya guru dapat memilih gaya pembelajaran
yang sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Murid akan menyelesaikan masalah
dan guru bertindak sebagai pembimbing serta motivator. Cenderung kepada gaya
penemuan terbimbing.
TAJUK 6 PERSEDIAAN P&P PJ
Rancangan Kerja Tahunan
·
Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di
sekolah,satu perancangan yang rapi perlu diadakan.
·
Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan
sumber dan kemudahan yang baik.
·
Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya
menjalankan tugas dengan baik disamping memastikan sukatan pelajaran yang
disediakan mendapat perhatian yang serius.
·
Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu
gambaran keseluruhan terhadap kurikulum dan sukatan yang telah disediakan.
·
Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan
tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan yang wujud
di sekolah .
·
Dengan perancangan yang rapi, maka masalah
kekurangan alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan
alternatif.
·
Rancangan tahunan juga menolong memastikan
pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses yang berterusan.
·
Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh
disusun supaya megikut prinsip ansur maju.
·
Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran.
·
Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan
bersinambungan supaya topik pembelajaran dapat dibahagi dengan sempurna .
·
Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya
kegiatan yang menunjukkan ansur maju dan kesinambungan.
Perkara asas dalam penyediaan rancangan
kerja tahunan
·
Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.
·
Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka
dengan baik dan bermatlamat. Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor
utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut
:
i.
Jumlah masa pengajaran
·
Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan
jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’ manakala
mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang diperuntukkan itu masih lagi
tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu mengkaji semula
atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam
satu-satu tahun itu.
ii. Persekitaran pengajaran
·
Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang
mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor
tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan
jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan dan
kemudahan mungkin timbul.
iii. Latar belakang guru
·
Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung
kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan
pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di
Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan
pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu
sendiri adalah penting.
iv. Latar belakang pelajar
·
Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm
kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang
tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga
mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya
pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar
kurang minat terhadap pendidikan jasmani.
Rancangan Kerja Mingguan
·
Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh
seminggu berpandukan Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan
ü Susunan tajuk tidak
semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah kepada kebijaksanaan
di dalam mengaturkannya.
·
ii.Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum
bermulanya pengajaran bagi setiap Rancangan Latihan Mengajar.
ü Rancangan Kerja ini
berdasarkan kepada Rancangan Kerja Pengajaran semester/penggal/tahunan yang
disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah.
ü
Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia
mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu
semester.
Penyediaan Rancangan Kerja
Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk
menjayakan satu proses p&p.
Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik
mengajar, bahan bantu mengajar agar p&p dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan.
Rancangan kerja semester merupakan satu program
yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun
sepanjang semester.
Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik
bermula.
Persediaan
butir-butir am
pengetahuan lepas
kemahiran
objektif pelajaran
penggabungjalinan
sumber pengajaran pembelajaran
penerapan nilsi
Kepentingan
Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk
mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur
Tidak melangkau Sukatan Pelajaran
Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai
matlamat