DEFINISI TAMADUN





Tamadun

·         Istilah ³tamadun´  dalam  Bahasa Melayu merupakan kata pinjaman daripada perkatan Arab.
o    dua istilah yang sering digunakan untuk maksud tamadun iaitu ³tamadun´ dan ³peradaban´.
o    Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab ³maddana´ yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
o    Tamadun juga membawa erti pembukaan bandar.
·         Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, ³tamadun´ membawa maksud keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi.
o    peradaban berasal daripada perkataan ³adab´ yang merujuk kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan).
o    ³beradab´ pula ditakrif sebagai telah maju tingkat kehidupan(jasmani dan rohani) iaitu bertamadun.
·          dari segi bahasa membawa maksud yang sama dengan perkataan³civilization´ dalam bahasa Inggeris.
o    Istilah ini diambil daripada perkataan Latin ³civitas´yang bermakna bandar.
o     Istilah tamadun dan bandar mempunyai kaitan yang sangat rapat.


istilah tamadun boleh ditakrifkan sebagai pemerolehan dalam segala perlakuan, 
pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi 
pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku, serta budi bahasa 
yang mulia bagi individu dan kelompok masyarakat 
yang membentuk sesebuah negara bangsa.




0 kwan2 yg baik hati nk gtau something kat Missz Dy: