DRIA


Angin malam menghembus lembut menyegarkan tubuh gadis itu. Terpaku menyaksikan keindahan alam. Cuaca cukup baik dengan bintang –bintang berkerdipan. Cahaya purnama menambahkan lagi seri pada malam itu.  Sambil menghayati malam yang indah itu, kelihatan Dria yang sedang berehat di gazebo itu sedang  tersenyum sendirian. Peristiwa itu kembali menjengah di mindanya.

                 “wah, tengok tu. Dria dok malu- malu kucing pulak nak menyapu kat meja Erish. Hahaha” sakat Akmal yang dari tadi memerhatikan tingkah laku Dria. Habis satu kelas dok gelak melihat adengan itu. Melihatkan wajah Dria yang merah menahan malu itu Erish pun mengatur langkah meninggalkan kelas.

                “ fuhh, lega.” Bisik Dria di dalam hati.

                Erish dan Dria sememangnya sedang bercinta namun, mereka tidak seperti pasangan bercinta yang lain. Di sekolah, mereka memang jarang bertegur-sapa antara satu sama lain. Dria tidak mahu hubungan mereka sampai ke pengetahuan guru- guru dengan merahsiakan hubungan mereka. Pada mulanya hanya rakan yang paling rapat dengan Dria sahaja yang tahu mengenai perkara ini namun, lama – kelamaan perhubungan mereka menjadi buah mulut rakan – rakan di dalam kelas. Hal ini kerana persahabatan Dria dan rakan – rakan sekelasnya amat rapat sekali.  Bila di sekolah, Erish dan Dria berlagak seperti tiada apa- apa yang berlaku namun, dalam hati hurm, hanya tuhan yang tahu getarnya setiap kali mereka bertembung.

                Lebih senang digelar Dria, Futrie Andriana Farisyah binti Ilham merupakan anak sulung aka anak manja En. Ilham kerana dia hanya mempunyai seorang adik lelaki. Merupakan pelajar tingkatan 5 di SMK Tun Sri Lanang. Dengan memegang jawatan sebagai pengawas dan pelajar yang mempunyai hubungan baik dengan guru- guru sudah semestinya Dria ingin menjaga reputasinya di sekolah. Erish Aizat bin Ammar pula merupakan pelajar biasa di sekolah tersebut.

                Dria tersentak daripada lamunannya apabila lagu OST Boys Over Flower itu berbunyi dari poketnya. Melihatkan nama yang tertera di telefon itu Dria menguntum senyuman lagi dan dengan segera jarinya yang runcing itu menekan button untuk membalas SMS yang diterima sebentar tadi.

“I love U my dear. Mimpikan I ye nanti.” Setelah membaca SMS tersebut, dengan pantas Dria membalasnya.

                Dria sememangnya sangat menyayangi Erish sepenuh hatinya.  Pelbagai kenangan manis dan pahit yang telah dilalui bersama kerana hubungan mereka bermula di tingkatan 2 lagi. Di sepanjang tempoh 3 tahun itu, ada kalanya hubungan itu akan menyepi bagai angin lalu namun mereka tidak pernah mengisytiharkan bahawa mereka berpisah, dan hubungan yang sepi itu kemudiannya mekar kembali. Dria tahu bahawa Erish kadangkala penat dengan hubungan seperti itu. Hal ini kerana Erish mahu hubungan mereka diketahui ramai namun Dria pula menginginkan sebaliknya. Kerana kasih terhadap Dria, Erish hanya menurut. 

            “ I sayang U juga. Sangat -sangat. Sweet dream sayang. Jumpa di sekolah ye. Bye.” Setelah menaip SMS tersebut, Dria melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang bahagia sekali. 

            “hurm.. tak sabar rasanya nak ke sekolah esok.” Detik hati kecil Dria.


                                                              *******************************************


“ Dria, Aira, dan Zurien sila ikut saya ke bilik guru, ada kerja sedikit” arah cikgu Pyan selepas kelas tamat.  Mereka bertiga pun menuju ke bilik guru.

 “ Owh, bagi surat untuk hari kecemerlangan rupanya. Aku ingatkan apa tadi.” Kata Aira sebaik mendapat kerja tersebut. Dria dan Zurien hanya tersenyum sahaja.

Tidak dapat dinafikan bahawa mereka sememangnya adalah pengawas yang  bertanggungjawab selain pandai membodek guru-guru di sekolah tersebut.  Disebabkan itulah mereka amat disekai dan mempunyai hubungan rapat dengan guru-guru.

Sedang leka mereka mengasingkan surat-surat tersebut mengikut tingkatan dan kelas, “ Eh Dria, ada surat untuk madu kau juga lah. Dia dapat nombor berapa tahun lepas? “ jerit Aira tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Terkejut si Dria dan Zurien yang sedang leka itu. “ Aira.  Shussshhhhh!!” jeling Dria sambil menoleh kiri dan kanan.

 “ Oppss, sorry. Aku terlupa. Hehehe.” Erna menundukkan kepala apabila menyedari tindakannya sebentar tadi.  Guru- guru yang ada di situ cuma memandang sahaja gelagat mereka bertiga.

  “ Aira, kau tunggu di bilik guru sajalah. Biar aku dengan Dria je pergi.” Usul  Zurien

 “ Okey gak. Boleh aku kacau cikgu Mala. Hehehe.” Balas Aira dengan senang hati. 

Sedang mereka berjalan tiba- tiba  Dria menghentikan langkahnya dan senyuman manis gadis itu mati  di situ.

 “oh mak kau.” Latah Zurien yang melanggar Dria daripada belakang kerana tidak menyangka bahawa Dria akan berhenti dengan tiba – tiba.

“Kenapa Dria?” Tegur Zurien yang menyedari perubahan di wajah temannya itu.

“Kau tengoklah depan tu.” Balas Dria dengan nada yang kelihatan marah ketika itu.

“Emmm… mau tak nya. Si Erishl dok ber‘dating’ dengan si Aiza rupanya..” ucap Zurien perlahan. 

“Pehhh.. Baran giler.. Rase cam nak bagi penampar je dekat budak dua orang tu. Fuhhh, sabar Dria. Senyum, control.” Dria menenangkan dirinya di saat itu dan terus melangkah ker arah Aiza dan lantas dihulur surat yang diamanahkan itu kepada tuannya dan berlalu pergi dari situ dengan pantas. Sebelum berlalu sempat lagi si Dria menghadiahkan jelingan tajam kepada Erish manakala Zurien pula menampar perlahan lengan Erish memberi amaran bahawa Dria sedang marah. Erish pula hanya membuat muka selamba saja.

Memang sudah diketahui ramai bahawa Erish sedang hangat bercinta dengan pelajar tingkatan 2 itu. Namun Dria tidak mengambil peduli kerana dia tahu bahawa Erish hanya ingin membuatnya cemburu. Tetapi dia tidak menyangka bahawa apabila melihat Erish dan Aiza bersama, hatinya merasa sakit dan pedih. Hal ini kerana Aiza sememangnya memiliki paras rupa yang lebih cantik dan manis berbanding dirinya.  Disebabkan hal itu, Dria pulang ke rumah pada hari itu dengan perasaan marah.  


BERSAMBUNG....

0 kwan2 yg baik hati nk gtau something kat Missz Dy: