GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH

Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masing-masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu :
  1. Berpusatkan Guru
  2.  Berpusatkan Pelajar
Gaya Pengajaran

Berpusatkan Guru
Berpusatkan Pelajar
Arahan
Pembelajaran kendiri
Latihan
Daya usaha
Timbal balik
Perlaksanaan individu
Semak kendiri
Penghasilan mencapah
Inklusif
Penemuan terbimbing


Gaya A:  Arahan

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.

OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru mengawal keseluruhan kelas
·         Guru membuat semua keputusan dalam P&P
·         Guru memberi arahan satu persatu
·         Guru melakukan demonstrasi
·         Guru memberi komen / ulasan tentang prestasi pelajar
·         Pelajar perlu beri perhatian kepada arahan guru
·         Pelajar melakukan perlakuan guru
·         Sesuai untuk aktiviti aras tinggi dan mengutamakan keselamatan
·         Sesuai untuk masa P&P yang terhad
·         Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal
·         Tanggungjawab berpusat kepada guru
·         Masa latihan pelajar adalah terhad.
Fizikal- Kemahiran Motor

Terjun Papan Anjal:
·         Melakukan aksi pusingan hadapan menggunakan papan anjal.



Gaya B: Latihan

Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat.

OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan demonstrasi
·         Guru menetukan setiap apa yang ingin diajar
·         Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab.
·         Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.
·         Sesuai untuk masa P&P yang terhad
·         Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal
·         Pelajar mempunyai lebih masa untuk latihan.
Fizikal-Pembentukan Kemahiran Motor:

Hoki:
·         Melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel.

Gaya C: Timbal balik

Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap kaedah mengajar  di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah, setiap pelajar melakukan latihan secara berpasangan.

OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru menentukan apa yang akan dipelajari
·         Guru memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti
·         Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji perlakuan pelajar
·         Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui pemerhatian
·         Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar
·         Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan aktiviti.
·         Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan
·         Guru bertanggungjawab pada awal P&P
·         Aktiviti  dilakukan secara berpasangan
·         Pelajar menilai sendiri perlakuan yang telah dipelajari
·         Guru menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar
·         Fokus kepada perhubungan sosial di samping mempelajari aktiviti.

Sosial- Kerjasama
Kognitif – Pemerhatian, menganalisis

Bola sepak:
·         Melakukan kemahiran menanduk bola ke arah gol secara berpasangan.
Gaya D: Semak kendiri

OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru menentukan apa yang akan dipelajari
·         Guru menentukan kriteria pembelajaran
·         Guru memberi penerangan sebelum memulakan P&P
·         Pelajar bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri
·         Sesuai bagi perlakuan yang mudah dikenalpasti
·         Pelajar bertanggung-jawab di atas pembelajaran
·         Menghadkan perhubungan sosial di antara guru dengan pelajar
Sosial- Menilai kemampuan kendiri.

Bola Baling:
·         Melakukan kemahiran menjaring berdasarkan kad bergambar.

Gaya E: Inklusif

OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru menentukan apa yang akan dipelajari
·         Guru menentukan kriteria pembelajaran
·         Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan diri
·         Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum melakukan aktiviti
·         Pelajar membuat keputusan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi.
·         Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kejayaan
·         Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri
·         Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.

Sosial- Memaksimumkan kemahiran kendiri

Lompat tinggi:
·         Melakukan aksi lompatan pada jarak ketinggian yang berbeza-beza.

Gaya F: Pembelajaran Kendiri

OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru sebagai pemerhati kepada pelajar
·         Pelajar menetapkan apa yang akan dipelajari
·         Pelajar menetapkan pendekatan sendiri

·         Semua perkara berkaitan dengan pembelajaran ditetapkan sendiri oleh pelajar
·         Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.
·         Tiada bantuan guru
Kognitif- Pemahaman

Hoki:
·         Melakukan kemahiran menolak dalam pelbagai posisi badan.
Gaya G: Penghasilan Mencapah

OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru menetapkan tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan
·         Guru mendorong pelajar untuk menilai setiap jawapan dan membuat perbandingan
·         Pelajar cuba mencari perbandingan jawapan
·         Pelajar menilai jawapan untuk menetapkan keberkesanannya.
·         Tugasan disediakan oleh guru
·         Tugasan mempunyai banyak cara penyelesaian
·         Sesuai untuk aktiviti pembangunan pasukan
·         Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif
·         Memupuk sikap kerjasama di antara pelajar
Kognitif-
Kemahiran berfikir
Sosial-
Keyakinan

Gimnastik:
·         Melakukan aksi guling dari titik A ke titik B tanpa menggunakan kaki.

Gaya H: Pembelajaran Individu
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu.
OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru hanya membantu pelajar sebagai penasihat
·         Guru memantau proses pembelajaran
·         Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran
·         Pelajar menetapkan tugasan serta penyelesaian

·         Tugasan dan masalah ditetapkan oleh pelajar

Kognitif- Merancang

Gimrama:
·         Merancang satu rutin tarian dalam persembahan menggunakan belantan.


Gaya I: Penemuan terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.
OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru menetapkan tugasan dan mempunyai pelbagai soalan yang hanya menjurus pada satu jawapan sahaja
·         Guru memberi ruang masa kepada pelajar untuk berfikir dan bertindak
·         Guru mengubah soalan jika pelajar gagal mencari jawapan
·         Pelajar melakukan tugasan berdasarkan soalan yang diberkan guru.
·         Pelajar memberi jawapan.

·         Guru merancang P&P dan guru menyediakan tugasan.

Kognitif- pelbagai konsep

Kajian:
·         Membuat perbincangan dengan guru tentang kajian yang dijalankan.


Gaya J: Daya usaha

OBJEKTIF
IMPLIKASI
CONTOH
·         Guru memantau proses pembelajaran
·         Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran
·         Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan
·         Pelajar memilih gaya pembelajaran kendiri
·         Tugasan ditetapkan sendiri oleh pelajar
·         Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu

Kognitif- Aplikasi
Sosial- Bertanggungjawab

Mengajar:
·         Mengaplikasikan kemahiran mengajar PJ di sekolah.


0 kwan2 yg baik hati nk gtau something kat Missz Dy: