memainkan & dpermainkan



Aku selalu cakap yang aku selalu dipermainkan. Tapi bila aku fikir- fikir balik, aku sedar yang selama ni aku yang memainkan terlebih dahulu. Aku yang menolak diorang semua tapi hakikatnya bila diorang putus asa dan pergi tinggalkan aku, baru aku terasa yang aku sayang pada diorang sebenarnya. Patutlah ada orang cakap yang bila kita ada sesuatu, “kita mestilah jaga ia dengan sebaik mungkin sebab bila kita sedar yang benda tu penting buat kita namun ia telah hilang, penyesalan yang kita rasa itu tiada gunanya”. sebenarnya aku seorang yang sangat tamak. Aku sedar bahawa aku tak pernah sayang diorang, aku cuma mahukan perhatian daripada diorang dan bila perhatian tu beralih arah, aku mula risau. Selama ini aku tak pernah fikir perasaan diorang. So, sekarang aku dah sedar. Aku selalu mendoakan yang terbaik buat kawan- kawanku. Semoga diorang bahagia di samping yang tersayang.



0 kwan2 yg baik hati nk gtau something kat Missz Dy: