memainkan & dpermainkan



Aku selalu cakap yang aku selalu dipermainkan. Tapi bila aku fikir- fikir balik, aku sedar yang selama ni aku yang memainkan terlebih dahulu. Aku yang menolak diorang semua tapi hakikatnya bila diorang putus asa dan pergi tinggalkan aku, baru aku terasa yang aku sayang pada diorang sebenarnya. Patutlah ada orang cakap yang bila kita ada sesuatu, “kita mestilah jaga ia dengan sebaik mungkin sebab bila kita sedar yang benda tu penting buat kita namun ia telah hilang, penyesalan yang kita rasa itu tiada gunanya”. sebenarnya aku seorang yang sangat tamak. Aku sedar bahawa aku tak pernah sayang diorang, aku cuma mahukan perhatian daripada diorang dan bila perhatian tu beralih arah, aku mula risau. Selama ini aku tak pernah fikir perasaan diorang. So, sekarang aku dah sedar. Aku selalu mendoakan yang terbaik buat kawan- kawanku. Semoga diorang bahagia di samping yang tersayang.



buku tles



Hari ni aku jumpa sebuah buku latihan sejak tingkatan 5 lagi. Sekali tengok “alah, buku biase je”. Pada aku buku tu adalah kenangan yang ada sebab ianya buku “arwah”. Hati aku tenang coz dapat tengok tulisan dia. ‘x kemas n cantik pon’ tapi tulisan tu melambangkan diri dia. Aku suka. Hehehehe. Lepas dia meninggal aku ambil buku latihan ni sebagai kenangan dan aku tulis macam- macam benda dalam tu. Sekali tengok nak ketawa pun ada. Mana taknya ayat jiwang kot. Minah jiwang rupanya aku dulu. Hehehe. Aku sampul buku tu cantik- cantik supaya ianya tahan lama. Itulah buku latihan kesayangan aku selamanya.

p/s: ni ak tles dlm diari hati.. dh lme dh..