TAJUK 5 KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PJ





Infrastruktur dan tenaga pengajar

§  Kemudahan - setiap aktiviti pj yang dilaksanakan dipengaruhi dengan faktor kemudahan yang terdapat di sesebuah sekolah. 
ü  Kedudukan sekolah sama ada di kawasan Bandar atau di luar Bandar juga mempengaruhi penggunaan kepakaran untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pj.
ü  Kemampuan kewangan sekolah=peruntukan kewangan sekolah bagi aktiviti pj merujuk kepada kapasaiti murid. Sekolah yang dibina di kawasan elit mungkin tidak menghadapi masalah kewangan kerana mudah mendapat sumbanga daripada orang ramai berbanding sekolah di luar bandar.
ü  Kemudahan2=sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan aktiviti pj, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.
ü  Tenaga pengajar=setiap pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepakaran guru. Maka keperluan tenaga pengajar yang mahir perlu diambil kira supaya tidak menjejaskan perancangan/aktiviti yang bakal dilaksanakan.
§  Peralatan  -  pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. Kualiti alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititik beratkan. 

§  Kepakaran  -  guru pj mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam melaksanakan tuga mereka semasa mengajar. Liability (tanggungjawab dan risiko yang bakal dihadapi) diberikan oleh pihak sekolah kepada guru pj semasa melaksanakan aktiviti pj. Antara garis panduan yang perlu dipatuhi: 
ü  Pastikan murid menjalankan aktiviti cergas.
ü  Aktiviti yang dipilih berdasarkan kesesuaian umur dan kebolehan murid.
ü  Aktiviti yang dipilih perlu disahkan oleh badan professional/sekolah.
ü  Guru mempunyai kepakaran semasa mengendalikan aktiviti fizikal/kokurikulum.
ü  Arahan diberikan jelas,betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko.
ü  Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.

§  Perkembangan murid  -  pj mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan beberapa domain iaitu:
ü  Kognitif-melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada taksonomi bloom.
o    pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku)
o    kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna)
o    aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am)
o    analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian antara unsur2 tersebut) >sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi lebih tersusun) >penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui murid).

ü  Afektif- mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.
o    penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan)
o    gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai motif tersendiri)
o    penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat)
o    organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal = konsepsualisasi nilai dan bentuk pertalian diantaranya;susun nilai jadi satu sistem nilai/kepercayaan)
o    perwatakan (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai suatu cara hidup) 

ü  Psikomotor-pergerakan anggota fizikal seseorang (tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan). Disamping dilatih menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakuka dalam kehidupan seharian.
o    persepsi >persediaan >pergerakan terkawal >pergerakan mekanistik >pergerakan kompleks
o    pergerakan suaian
o    pergerakan cipta

ü  Sosial (hubungan/tingkah laku sosial)
o    berhubung
o    berkomunikasi
o    melibatkan diri
o    berunding
o    bekerjasama
o    menghakim memulakan
o    menukar

ü  Persekitaran budaya dan tempat
o    Persekitaran- kawasan di sekeliling sesuatu tempat
o    Budaya- cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan. Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa
o    Tempat -ruang, kawasan
ü  budaya setempat -   guru yang mahir berupaya memanipulasi aktiviti mengikut keperluan masyarakat setempat. Penumpuan kepada kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti masyarakat setempat dapat membina semangat, tingkatkan prestasi juga minat dan galakan murid bergiat lebih aktif dalam aktiviti pj.
ü  -pengaruh politik  -   aktiviti yang harus dirancang untuk memperkukuhkan interaksi antara murid dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia.
ü  -penyelaras program sukan  -  masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid bagi membentuk masyarakat yang progresif.
o    Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan sekolah (intramurals-libatkan semua murid).
o    Program gerak kerja kokurikulum dalam dan luar (extramurals-libatkan murid yang mahir).
o    Program antara sekolah (meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan).




TAJUK 4 HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PJ KBSR




Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani

§  Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil.
§  Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).
§  Konsep dalam P&P- Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan menyeluruh.
§  Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur2 ilmu pengetahuan kemahiran bahasa serta nilai2. 
§  Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.
§  Contohnya:
§  Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata – mata tertumpu kepada kemahiran. Unsur kekerapan nilai – nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan.
§  Ini tidak ada kesepaduan.
§  Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah
*       Penggabungjalinan
*       Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.
*       Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan pergerakan kreatif.
*       Penyerapan
*       Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain.
*       Contoh : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalam Pendidikan Jasmani.

Cara Pelaksanaan

ü  Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran.
§  Contoh :
§  Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu.
§  Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri.
ü  Kesepaduan yang berbentuk ‘intra’ (berlaku dalam satu mata pelajaran)
§  Contoh :
§  ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
§  Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral.
§  Bagi menjamin perkembangan JERIS murid.
ü  Kesepaduan yang berbentuk ‘inter’(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau pengetahuan denga mata pelajaran lain)
§  Contoh
§  Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan subjek sains.
ü  Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.
§  Contoh :
§  PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid – murid.
ü  Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum.
§  Contoh :
§  PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga.
ü  Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah.
§  Contoh :
§  Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di luar bilik darjah.
§  Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik darjah.
§  Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.
ü  Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
§  Contoh :
§  Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan pengajaran harian.
§  Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.

Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :
1. Kecergasan
§  Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
2. Kemahiran
§  Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.
3. Kesukanan
§  Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.