missing him..


It's been a long day without you, my dad...
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again
tahun ni adalah tahun yg mencabar bagi DY.. 
well.. di saat bergelut dengan kajian tindakan, 
DY telah kehilangan insan yang tersayang..
 yeah... he's the best gift in my life.. 
arwah ayah telah kembali ke rahmatullah pada 7 ogos 2015.. 
ujian yg sangat besar bagi diri ini.. 
tipulah kalau x nangis kan.. 
sepanjang arwah ayah sakit.. 
ad sekali tu ak boleh nangis kat taman sri mas dengan hujan.. 
x de sesape pun waktu tu.. 
rasa alone sangat..
semua org x tau yg ak nangis.. 
lagi satu.. lepas ayah pergi.. 
ak x boleh nangis depan mak.. 
ak akan tahan n the tears will burst when there is no one else.. 
sepanjang kat hosp mmg tisu tu x payah cakap.. penuh bag.. 
ak masih ingat bila doc. cakap nak cabut bantuan penafasan ayah.. 
ak rasa nak terduduk dekat lantai icu tu.. 
tp tahan sebab berdiri sebelah mak.. 
then mak cakap.. mnta masa.. 
kalau betul ayah pergi.. biarlah dia pergi dengan sendiri...
esk pagi.. jam 7.00 pagi.. 
ayah pergi buat selama-lamanya.. 
hari jumaat.. 
n arwah ayah dikebumikan sebelum solat jumaat.. 
waktu arwah ayah sakit.. 
ak boleh nampak.. 
kawan sejati dia.. 
lelaki susah nak mengalirkan ari mata.. 
tp bila dilihat.. 
ternyata mereka memang sahabat.. 
ayah.. ayah sentiasa dekat.. ada dalam hati ina.. walau macam mana sekali pun.. ina tetap anak manja ayah.. sebab tu ina x malu untuk peluk lengan ayah, cium pipi ayah dan tunjukkan yang ina bangga dengan ayah di khalayak ramai..  

andai kata kalau ina bukan seorang yang mementingkan keluarga..
tentu ina menyesal sangat sekarang ni...

Y.M



Hye there..
Lma jugak x menjelajah ke bloh ni..
Almaklumlah..
Final year student katenye.. heheh
Well.. yups.. bnyk bnda yg jdi sjak akhir2 ni..
 n I’m quite bzy lagi2 dgn thesis, presentation, keje inilah, keje itulah…
sbb tu lh skrg bru berkesempatan nk menaip lagi..

errrmmm…
korg igt lg x zaman2 sekolah dlu sibuk ber’Y.M’..




well.. dlu x de lg enset cangih2 nih..
ptg2 g CC a.k.a cyber cafĂ© semata-mata nk br’Y.M n chat kat fb..
skrg ni dgn weechat, ig, whatapps, beetalk, line.. n bermacam-macam lg... 
lawak jugaklah dulu…
skrg ni missz dy bru igt password Y.M..
tu yg dok sibuk balik nk chat..
tapinya.. skrg nih x de dh yg rajin nk ber’Y.M’..
rindu nk kembali zaman tu..
seronok jek..



"jom YM.. HEHEH"
dy_zuarisyah92@yahoo.com


my lovely sister..


hari ni just nk cite sikit pasal my lovely sister... 
even she was not my real sister.. 
she were so nice n i think she is the best sister i ever have... 

skrg ni dia dh habis study...
posting pulak kat sarawak...
huuuu... kak Nunu.. bila kita nk jumpa lg nih?? 
rinduuuuu awk sgt-sgt.. 


ni semua pic-pic before kitorg habis exam last year... 
me, kak Nunu, roomate, n kak Fatin....

langkah yg semakin jauh dalam realiti hidup... 


we are one.. hehe


roomate... buat ap tu?? hehe


selfieee timeee.... 


three of us.. 


kak Nunu tu sje ke masuk waktu bergambar sorang2 kan... heeeee.... 


just 4 u :
walau kat mana pun awak berada..
saya harap...
awak sentiasa sihat...
dipermudahkan segala urusan...
happy.. walaupun hidup ni x selalunya indah... 
tp ingatlah... 
 pelangi yang muncul selepas hujan tu akan membuatkan kita terasa bahagia walaupun ianya sementara... 
good luck my Kakak Comel.. heeee... 



latest things happen to me..


hye there.. 
lama dh kn jari jemari ni x menari kat ats keyboard..
lately ni mcm2 hal berlaku...

first... 
ak dh gemukkkkkssss semula...
hwaaaa... bersusah payah diet....
sekelip mata jek gmuk balik sbb x jaga mkn..
mlah lagi teruk dari dlu...
eeeeee......

second...
my lovely sister...
dh habis study..
tinggal kite je plak...
bila lah dapat jumpa dia lagi.. 
serious rindu nak gelak2 dgn dia..
msti masing2 sibuk bila dh kje kan.. 

then...
pasal "jodoh"..
errr.... ak paling x suka bila orang dok tanya...
makcik2.. saye baru 22 tahun...
kalau masih x de jodoh nk buat camne..
kan..
smua plik ak x de pakwe lag..
hurm...

lagi.. 
kite nak amek lesen kete..
heeee...
nervous lah pulak..
takut kne marah sbnarnye... 
heeee... 
"good luck to me.."
...
.....
....
...
...
..
...
....
...
.....

bersambung.....


pengalaman..


angyeonghaseyo... 
rindunyeeeee.... hehehe... 


betul kan.. pengalaman tu sgt beharga n drpd pengalaman tu kita dpt belajar so that x de lah nanti masa depan kita buat benda yg sama kan... 
ak harap nanti masa dpan in love ak x nk jadik mcm ni lg.. 
well.. i have to move on right.. 


sepahit mana pun pengalaman tu kita kna telan jugak..
 so.. just enjoy your life.. 
when we enjoy our experiance, life will be more sweet.. 

that why.. 
i am.. who i am today..
and i love my self.. 

thun baru, sem baru


its time 4 me to create new experience.. 
well.. in love mmg x mnjadi.. hehe3..
mybe btul kte lecture.. perempuan ni terlalu beremosi.. 
lelaki rimas mcm tu.. kan.. 
that why.. ak nk kurangkan sikit emosi ni dgn penuhkan fikiran ak in study..
ak x nk pointer ak turun..
so, insyaallah ak akn berusaha untuk buat yang terbaik sem ni..





bnda lain yg ak nk buat ialah...
meluangkan lebih masa dgn family..
especially syafiq, mommy n daddy...
perkara pertama yg terpenting dlm hidup ak skrg ni ialah family...
tnpa mereka ak x akn capai ap yg ak dh ad skrg ni,..



then, ak nk meluangkan msa dgn roomate trsayang n kakak comel.. 
dua org yg memahami ak kat ipg ni..
mereka berdua adalah antara orang yg ak paling percaya.. 
selagi ad masa insyaallah ak akan luangkan masa untuk diorg smua.. 




NOTA EDU 3105

NOTA PSV 3105

TAJUK 8 PENTAKSIRAN DALAM PJ




Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

§  Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
§  Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.
§  pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.
§  Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

 1. Memfokuskan kepada setiap individu
*       Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
 2. Menentukan status semasa
*       -Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
 3. Memilih wakil
*       Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.
 4. Memotivasikan individu
*       memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.
 5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
*       Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.
*       memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.
 6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain
*       Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan

§  Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.
§  Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48 OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.
§  Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
§  Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt, Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).
§  Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai.
§  Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

i. berlandaskan kesihatan
*       Komposisi Badan 
*       Fleksibiliti 
*       Daya Tahan Kardiovaskular 
*       Kekuatan Otot 
*       Daya Tahan Otot 

ii. berlandaskan kemahiran motor
*       Kelajuan 
*       Koordinasi
*       Ketangkasan
*       Kuasa
*       Imbangan
*       Masa Reaksi