Angin
malam menghembus lembut menyegarkan tubuh gadis itu. Terpaku menyaksikan
keindahan alam. Cuaca cukup baik dengan bintang –bintang berkerdipan. Cahaya
purnama menambahkan lagi seri pada malam itu. Sambil menghayati malam yang indah itu,
kelihatan Dria yang sedang berehat di gazebo itu sedang tersenyum sendirian. Peristiwa itu kembali
menjengah di mindanya.
“wah, tengok tu. Dria dok malu- malu kucing
pulak nak menyapu kat meja Erish. Hahaha” sakat Akmal yang dari tadi
memerhatikan tingkah laku Dria. Habis satu kelas dok gelak melihat adengan itu.
Melihatkan wajah Dria yang merah menahan malu itu Erish pun mengatur langkah
meninggalkan kelas.
“ fuhh, lega.” Bisik Dria di
dalam hati.
Erish
dan Dria sememangnya sedang bercinta namun, mereka tidak seperti pasangan
bercinta yang lain. Di sekolah, mereka memang jarang bertegur-sapa antara satu
sama lain. Dria tidak mahu hubungan mereka sampai ke pengetahuan guru- guru
dengan merahsiakan hubungan mereka. Pada mulanya hanya rakan yang paling rapat
dengan Dria sahaja yang tahu mengenai perkara ini namun, lama – kelamaan
perhubungan mereka menjadi buah mulut rakan – rakan di dalam kelas. Hal ini
kerana persahabatan Dria dan rakan – rakan sekelasnya amat rapat sekali. Bila di sekolah, Erish dan Dria berlagak
seperti tiada apa- apa yang berlaku namun, dalam hati hurm, hanya tuhan yang
tahu getarnya setiap kali mereka bertembung.
Lebih
senang digelar Dria, Futrie Andriana Farisyah binti Ilham merupakan anak sulung
aka anak manja En. Ilham kerana dia hanya mempunyai seorang adik lelaki.
Merupakan pelajar tingkatan 5 di SMK Tun Sri Lanang. Dengan memegang jawatan
sebagai pengawas dan pelajar yang mempunyai hubungan baik dengan guru- guru
sudah semestinya Dria ingin menjaga reputasinya di sekolah. Erish Aizat bin
Ammar pula merupakan pelajar biasa di sekolah tersebut.
Dria
tersentak daripada lamunannya apabila lagu OST Boys Over Flower itu berbunyi
dari poketnya. Melihatkan nama yang tertera di telefon itu Dria menguntum
senyuman lagi dan dengan segera jarinya yang runcing itu menekan button untuk
membalas SMS yang diterima sebentar tadi.
“I love U my
dear. Mimpikan I ye nanti.” Setelah membaca SMS tersebut, dengan pantas Dria
membalasnya.
Dria
sememangnya sangat menyayangi Erish sepenuh hatinya. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang telah
dilalui bersama kerana hubungan mereka bermula di tingkatan 2 lagi. Di
sepanjang tempoh 3 tahun itu, ada kalanya hubungan itu akan menyepi bagai angin
lalu namun mereka tidak pernah mengisytiharkan bahawa mereka berpisah, dan
hubungan yang sepi itu kemudiannya mekar kembali. Dria tahu bahawa Erish
kadangkala penat dengan hubungan seperti itu. Hal ini kerana Erish mahu
hubungan mereka diketahui ramai namun Dria pula menginginkan sebaliknya. Kerana
kasih terhadap Dria, Erish hanya menurut.
“ I
sayang U juga. Sangat -sangat. Sweet dream sayang. Jumpa di sekolah ye. Bye.”
Setelah menaip SMS tersebut, Dria melangkah masuk ke dalam rumah dengan
perasaan yang bahagia sekali.
“hurm..
tak sabar rasanya nak ke sekolah esok.” Detik hati kecil Dria.
*******************************************
“ Dria, Aira, dan Zurien sila ikut saya ke bilik
guru, ada kerja sedikit” arah cikgu Pyan selepas kelas tamat. Mereka bertiga pun menuju ke bilik guru.
“ Owh, bagi
surat untuk hari kecemerlangan rupanya. Aku ingatkan apa tadi.” Kata Aira sebaik
mendapat kerja tersebut. Dria dan Zurien hanya tersenyum sahaja.
Tidak dapat dinafikan bahawa mereka sememangnya
adalah pengawas yang bertanggungjawab
selain pandai membodek guru-guru di sekolah tersebut. Disebabkan itulah mereka amat disekai dan
mempunyai hubungan rapat dengan guru-guru.
Sedang leka mereka mengasingkan surat-surat tersebut
mengikut tingkatan dan kelas, “ Eh Dria, ada surat untuk madu kau juga lah. Dia
dapat nombor berapa tahun lepas? “ jerit Aira tanpa menghiraukan keadaan
sekeliling.
Terkejut si Dria dan Zurien yang sedang leka itu. “ Aira.
Shussshhhhh!!” jeling Dria sambil
menoleh kiri dan kanan.
“ Oppss,
sorry. Aku terlupa. Hehehe.” Erna menundukkan kepala apabila menyedari
tindakannya sebentar tadi. Guru- guru
yang ada di situ cuma memandang sahaja gelagat mereka bertiga.
“ Aira, kau tunggu di bilik
guru sajalah. Biar aku dengan Dria je pergi.” Usul Zurien
“ Okey gak. Boleh aku kacau
cikgu Mala. Hehehe.” Balas Aira dengan senang hati.
Sedang mereka berjalan tiba- tiba Dria menghentikan langkahnya dan senyuman manis
gadis itu mati di situ.
“oh mak kau.” Latah Zurien yang
melanggar Dria daripada belakang kerana tidak menyangka bahawa Dria akan
berhenti dengan tiba – tiba.
“Kenapa Dria?” Tegur Zurien yang menyedari perubahan di wajah temannya
itu.
“Kau tengoklah depan tu.” Balas Dria dengan nada yang kelihatan marah
ketika itu.
“Emmm… mau tak nya. Si Erishl dok ber‘dating’ dengan si Aiza
rupanya..” ucap Zurien perlahan.
“Pehhh.. Baran giler.. Rase cam nak bagi penampar je dekat budak dua
orang tu. Fuhhh, sabar Dria. Senyum, control.” Dria menenangkan dirinya di saat
itu dan terus melangkah ker arah Aiza dan lantas dihulur surat yang diamanahkan
itu kepada tuannya dan berlalu pergi dari situ dengan pantas. Sebelum berlalu
sempat lagi si Dria menghadiahkan jelingan tajam kepada Erish manakala Zurien
pula menampar perlahan lengan Erish memberi amaran bahawa Dria sedang marah.
Erish pula hanya membuat muka selamba saja.
Memang sudah diketahui ramai bahawa Erish sedang hangat bercinta
dengan pelajar tingkatan 2 itu. Namun Dria tidak mengambil peduli kerana dia
tahu bahawa Erish hanya ingin membuatnya cemburu. Tetapi dia tidak menyangka
bahawa apabila melihat Erish dan Aiza bersama, hatinya merasa sakit dan pedih.
Hal ini kerana Aiza sememangnya memiliki paras rupa yang lebih cantik dan manis
berbanding dirinya. Disebabkan hal itu, Dria
pulang ke rumah pada hari itu dengan perasaan marah.
BERSAMBUNG....